Wednesday 6 February 2013

Pakatan Rakyat Akan Lingkupkan Gangnam Style

sabotage_CNY_gangnamPAKATAN Rakyat Pulau Pinang telah diarahkan oleh kepimpinan pusat untuk menggagalkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang pada 11 Februari ini yang turut dimeriahkan oleh penyanyi Korea yang popular dengan lagu Gangnam-Style, Psy.
Keputusan ini dibuat memandangkan penganjuran acara tersebut adalah bermotifkan politik semata-mata dan cuba mengaburi mata rakyat seolah-olah masyarakat di Pulau Pinang sudah kembali menyokong BN dalam pilihanraya akan datang – berselindung di sebalik nama untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.
Keputusan ini dibuat setelah pelbagai usaha fizikal seperti menurunkan poster ucapan Tahun Baru Cina dari Najib dan sebagainya, dilihat gagal mengurangkan keterujaan rakyat Pulau Pinang (termasuk dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri) untuk menghadiri majlis tersebut.
Buat permulaan, pelbagai usaha dalam skala besar telah dibuat di laman Facebook milik Psy, mendesak penyanyi tersebut membatalkan kedatangannya ke negara ini.  Sejumlah pemilik akaun Facebook milik rakyat negara ini dari dalam dan luar negara telah dikerah untuk melaksanakan perkara tersebut.
Pakatan Rakyat berharap, segala maklumat yang dihantar melalui laman Facebook tersebut mengenai Malaysia kepada Psy, antaranya negara paling korup di dunia dan sebagainya, akan mempengaruhi keputusan Psy untuk datang ke Malaysia kerana dikhuatiri akan merosakkan imej penyanyi tersebut.
Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga dilaporkan bersedia untuk membayar ganti rugi dalam jumlah yang sama kepada Psy jika beliau bersetuju untuk membatalkan kehadirannya dalam majlis tersebut.  Pendek kata disitu, imej Psy akan terpelihara kerana tidak bersekongkol dengan pihak yang korup dan dalam masa yang sama tidak kehilangan punca pendapatan juga.
Jika usaha memujuk Psy gagal dan acara tersebut di teruskan juga, Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan mengerah anggota Pasukan Sukarela (PSS) negeri tersebut untuk memastikan acara tersebut gagal dari mencapai objektifnya.
Pelbagai rancangan telah diatur untuk memastikan rakyat menjauhi acara tersebut, dan sekiranya mereka hadir sekalipun, mereka akan pulang dengan kenangan pahit dan rasa benci yang amat mendalam ke atas BN.
Sekumpulan Pemuda PAS juga telah diminta untuk mengadakan bantahan di luar kawasan Majlis membantah aktiviti hiburan melampau yang sedang berlangsung.
Secara dasarnya, penulis menyokong tindakan seumpama itu kerana penulis tahu kesannya terhadap sokongan golongan muda terhadap BN akan meningkat dengan begitu drastik sekali sekiranya acara tersebut berjaya dilangsungkan juga.
Cuma penulis meminta, apa pun rancangan yang telah dirangka, jangan sampai memudaratkan kesihatan rakyat.  Penulis tahu ada pelbagai cadangan telah dilontarkan dalam mesyuarat berhubung perkara tersebut kelmarin termasuk mensabotaj makanan dan sebagainya, tapi perkara itu pada penulis agak keterlaluan.
Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan perkara ini kerana penulis percaya BN juga telah bersedia untuk menyalahkan Pakatan Rakyat jika sebarang masalah dikesan berlaku dalam majlis tersebut.